AUSTRALIA – Pantang mati sebelum ajal. Seorang lelaki yang jatuh dari ketinggian 20 meter ke bawah tebing dilaporkan selamat.
Polis berkata, ketika kejadian lelaki berusia 25 tahun itu berada kediaman milik ibu bapanya di Buchanan Ave, Bonnet Bay, Sydney apabila dia menjunam ke dalam hutan belukar yang tebal di belakang rumah itu malam tadi.
Polis, paramedik dan anggota bomba dipanggil ke kediaman itu mendapati lelaki itu sedar dan bernafas.
Beliau yang diselamat hampir lima jam kemudian mengalami kecederaan bahu dan dada, kata paramedik.
Lelaki itu dilaporkan dalam keadaan yang stabil.
Sarjan Peter McMaugh berkata, ia adalah sesuatu yang luar biasa kerana lelaki itu masih hidup.
“Anggota bomba terpaksa berjalan melalui hutan belukar, menjadikan operasi menyelamat mangsa menjadi rumit.
“Lelaki ini sangat bertuah kerana kecederaannya tidak mengancam nyawa,” katanya.
Polis berkata, belakang rumah hartanya di Bonnet Bay, di selatan Sydney, di penuhi dengan permukaan berbatu. – MalaysiaGazette