Saturday, May 3, 2025
Home Sukan Hierro jurulatih baharu Sepanyol

Hierro jurulatih baharu Sepanyol

download5-640x360
jurulatih baharu Sepanyol, Fernando Hierro

MOSCOW – Persatuan Bola Sepak Sepanyol mengumumkan bahawa bekas pemain legenda Real Madrid, Fernando Hierro sebagai ketua jurulatih baharu pada kempen Piala Dunia 2018 di Rusia.

Terdahulu, mereka membuat keputusan mengejut dengan memecat Julen Lopetegui dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Portugal.

Presidennya, Luis Rubiales menyifatkan sikap Lopetegui yang bersetuju untuk menjadi jurulatih baharu Real Madrid meskipun masih memiliki kontrak bersama skuad kebangsaan sebagai malapetaka.

“Kami terpaksa mengambil keputusan ini secara mendadak demi kebaikan dan keharmonian skuad kebangsaan. Saya harap yang terbaik buat mereka pada kempen Piala Dunia 2018 nanti,” kata Rubiales.-MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts
ms MS en EN