Home Dunia 39 terbunuh, 50 cedera dalam letupan di pasar

39 terbunuh, 50 cedera dalam letupan di pasar

Orang ramai melihat kemusnahan kedai di sebuah pasar di Mogadishu. Foto Reuters

MOGADISHU – Sebuah bom kereta meletup di sebuah pasar di Mogadishu, membunuh 39 orang dan mencederakan kira-kira 50 orang, beberapa hari selepas Somalia memilih presiden baru.

Kereta itu dipandu oleh seorang pengebom berani mati, kata Ahmed Abdulle Afrax, Datuk Bandar daerah Wadajir.

“Kami membawa 39 mayat dan terdapat ramai yang lain cedera,” kata Dr Abdikadir Abdirahman, Pengarah Perkhidmatan Aamin.

Seramai 47 orang lagi dihantar ke Hospital Madina.

Seorang saksi, Abdulle Omar pula berkata, kejadian itu menyebabkan pasar berkenaan musnah sama sekali.

“Saya berada di kedai semasa kereta berkenaan memasuki pasar dan meletup. Saya nampak lebih daripada 20 orang terbaring, kebanyakan mereka mati.

Al Shabaab, kumpulan pemberontak Islam yang menentang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disokong oleh Kerajaan Somalia belum mengaku bertanggungjawab. – MalaysiaGazette