Home Nasional MB Selangor baharu akan diumum Ahad ini?

MB Selangor baharu akan diumum Ahad ini?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad menafikan dakwaan beliau terlibat dalam penyelewengan dana dari pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad menafikan dakwaan beliau terlibat dalam penyelewengan dana dari pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor yang baharu dijangka diumumkan pada Ahad ini, menurutĀ  portal Malaysiakini.

Portal itu yang memetik sumber sebagai berkata mendakwa, calon yang akan diumum itu dijangka mengangkat sumpah pada 19 Jun bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik menjadi Menteri Hal-ehwal Ekonomi.

Sebelum ini, dua calon tersenarai bagi jawatan tersebut. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dr Idris Ahmad dan ADUN Sungai Tua Amirudin Shari.

Kedua-dua calon dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum pengumuman pada Ahad nanti.

Laporan sebelum ini juga mendedahkan ADUN Seri Setia, Shaharuddin Baharuddin turut berada dalam senarai pendek bagi jawatan berkenaan. – MalaysiaGazette