Home Utama Puluhan ribu teruja bersalaman dengan Tun Mahathir

Puluhan ribu teruja bersalaman dengan Tun Mahathir

Ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah yang tiba di perkarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya sebentar tadi di terima dengan laungan ‘Hidup Tun’.
Ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah yang tiba di perkarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya sebentar tadi di terima dengan laungan ‘Hidup Tun’.

PUTRAJAYA – Ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang tiba di perkarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya sebentar tadi di terima dengan laungan ‘Hidup Tun’.

Pengunjung begitu teruja sehingga sanggup berpusu-pusu dan beratur panjang sejak jam 9 pagi tadi semata-mata mahu bersalaman dengan Tun Mahathir sempena Rumah Terbuka Aidilfitri.

Dr Mahathir kelihatan begitu segak dengan mengenakan baju Melayu berwarna ungu yang juga merupakan warna kegemarannya.

Rata-rata pengunjung sanggup meninggalkan meja makan massing-masing hanya kerana mahu bersalaman dengan beliau.

Antara lain yang hadir termasuk Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali Bernama-sama isteri massing-masing.

Tun mencipta sejarah apabila kembali menjawat jawatan Perdana Menteri kali ketujuh ke selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Permandangan luar biasa dapat disaksikan apabila melihat begitu ramai pengunjung bukan superti kebiasaan apabila berduyun-duyun lautan manusia berterusan membanjiri kawasan Kompleks Sri Perdana.

Dr Mahathir dijangka akan bersembahyang Jumaat di Masjid Putrajaya dalam sejam lagi selepas bersalaman dengan para pengunjung. – MalaysiaGazette