Home Akhbar Cina “Geng langgar pintu” berleluasa di Shah Alam, Klang

“Geng langgar pintu” berleluasa di Shah Alam, Klang

"Geng langgar pintu" berleluasa di Shah Alam dan Klang, Selangor dengan sekurang-kurangnya 12 kedai tayar telah menjadi mangsa. - Foto hiasan

KLANG – “Geng langgar pintu” berleluasa di Shah Alam dan Klang, Selangor dengan sekurang-kurangnya 12 kedai tayar telah menjadi mangsa.

Dengan menggunakan kenderaan untuk melanggar dan merosakkan pintu besi jenis tarik, penjenaya”Geng langgar pintu” berleluasa di Shah Alam, Klangh tersebut mampu memecah pintu dalam tempoh 20 saat sahaja dan mencuri barang-barang berharga dan wang tunai dalam empat minit.

China Press melaporkan, kejadian-kejadian itu berlaku pada musim pra cuti Aidilfitri apabila perniagaan kedai tayar meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus.

Empat kes dilaporkan berlaku di Kota Sentosa, tiga kes di Kapar, dua kes di Bukit Kemuning, dan masing-masing satu kes di Pelabuhan Klang, Bayu Tinggi dan Kota Kemuning.

Kes pertama dilaporkan pada 25 Mei dan kes terakhir dilaporkan pada 5 Jun. Disebabkan modus operandi yang serupa, pengusaha kedai tayar di Klang dan Shah Alam percaya ia dilakukan kumpulan yang sama.

DalamĀ  salah satu kes, penjenayah hanya mencuri tunai berjumlah kecil dalam kedai dan tidak melarikan tayar yang berat. Dalam kes lain pula, sesetengah peralatan berharga telah dicuri.

Pengusaha juga percaya bahawa kecurian membabitkan jumlah tunai yang banyak dalam kes pertama mendorong “Geng Langgar Pintu” terus menyasarkan kedai-kedai tayar.

Proses memecah masuk kedai tayar telah dirakam oleh kamera-kamera litar tertutup (CCTV). Penjenayah bagaimanapun telah menanggalkan baju dan menggunakan pakaian untuk menutup muka semasa melakukan jenayah. – MalaysiaGazette