KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mungkin bakal membuat kejutan dengan bertanding jawatan nombor satu sejurus selepas pengumuman Tengku Razaliegh Hamzah semalam.
Ini berlainan sekali kerana sebelum ini Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ membuat pusingan U mahu bertanding jawatan Presiden UMNO.
Sebelum ini, walaupun Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat seolah-olah berpandangan KJ merupakan pemimpin paling layak bertanding jawatan tersebut, KJ tidak mengendahkan pendapat itu sebaliknya berkata ianya hanya sekadar sindiran sinis.
Menurut sumber enggan dikenali, Ahli Parlimen Rembau dijangka membuat pengumuman pada hari ini pada bila-bila masa.
Kertas pencalonan perlu dikemukan pencalonan hari ini merupakan tarikh akhir untuk berbuat demikian bagi bertanding dalam pemilihan UMNO 2018.
Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li turut mengesahkan bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.
Pada awalnya, Ku Li tidak menunjukkan respon positif tentang hasrat bertanding jawatan Presiden sehingga mendapat sokongan pelbagai pihak yang dikatakan mahu ‘meyelamatkan’ UMNO.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengumumkan perkara sama untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.
Kehadiran KJ untuk jawatan Presiden juga dilihat bakal memecahkan undi bagi meningkatkan peluang kemenangan Zahid Hamidi.
Media sosial begitu aktif serta teruja membincangkan tentang hasrat KJ mahu bertanding jawatan Presiden malah sudah mula mengeluarkan pandangan masing-masing tentang keputusan tersebut.
Kaunter penghantaran borang ini dibuka bermula pukul 8 pagi dan akan ditutup pukul 5 petang ini iaitu serentak dengan tamatnya masa penghantaran borang pencalonan untuk pemilihan UMNO. – Malaysia Gazette