SINGAPURA – China mengancam untuk mengenakan cukai ke atas import minyak Amerika Syarikat – bakal menjejaskan perniagaan bernilai AS$1 bilion sebulan.
Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan untuk meneruskan tarifnya ke atas import bernilai AS$50 bilion mulai 6 Julai ini berikutan peningkatan defisit perdagangan negara itu.
China pula pada Jumaat lalu berkata, ia akan bertindak balas dengan menampan beberapa komoditi Amerika, termasuk minyak.
Pelabur menjangkakan kenaikan harga minyak syarikat Amerika Syarikat akan menurunkan harga saham ExxonMobil dan Chevron sebanyak 1 hingga 2 peratus sejak Jumaat, manakala harga minyak mentah Amerika Syarikat susut sekitar 5 peratus.
“Peningkatan perang perdagangan ini berbahaya bagi harga minyak,” kata Stephen Innes, KetuaPerdagangan Asia/Pasifik, OANDA di Singapura.
Pertikaian antara Amerika Syarikat dan China muncul pada waktu yang sangat penting untuk pasaran minyak.
Selepas satu setengah tahun pengurangan bekalan secara sukarela yang diketuai oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dikuasai Timur Tengah, serta pengeluar bukan OPEC Rusia, pasaran minyak telah dikawal untuk melonjakkan harga bahan bakar itu.
Kemerosotan potensi dalam eksport minyak Amerika ke China akan memberi manfaat kepada pengeluar lain, terutama dari OPEC dan Rusia.
Arab Saudi dan Rusia telah menyatakan hasrat untuk melonggarkan bekalan minyak dan mula meningkatkan eksport.
Pengurangan dalam pembelian minyak Amerika Syarikat akan memberi manfaat kepada jualan Iran.
Washington telah mengekang Tehran dengan sekatan baru yang diumumkan pada bulan Mei.
“China mungkin menggantikan minyak Amerika dengan minyak mentah Iran,” kata John Driscoll, pengarah perundingan JTD Energy Services.
“China tidak terancam dengan ancaman sekatan Amerika Syarikat. China hanya menggantikan minyak mentah Amerika Syarikat dengan minyak Iran,” jelasnya. – MalaysiaGazette