MOSCOW – Belgium menepati ramalan apabila menewaskan pendatang baru, Panama 3-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G pada Piala Dunia 2018 di sini awal pagi tadi.
Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku muncul wira selepas menjaringkan dua gol dalam babak kedua.
Sebelum itu, Dries Mertens membuka tirai jaringan dua minit selepas permainan bersambung dalam babak kedua.
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pembukaan yang turut menyaksikan pemain Chelsea, Eden Hazard gagal memanfaatkan kesilapan Panama.
Panama yang membuat penampilan pertama dalam Piala Dunia hampir menyamakan kedudukan 10 minit kemudian namun penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois tangkas menyelamatkan tendangan Michael Murillo dari jarak dekat.
Lukaku kemudian menanduk masuk hantaran pemain Manchester City, Kevin de Bruyne pada minit ke-69.
Enam minit kemudian, Lukaku menambah derita Panama apabila melambung bola melepasi penjaga golĀ Jaime Penedo.
Belgium akan bertemu Tunisia dalam perlawanan kedua kumpulan E pada 23 Jun ini. – MalaysiaGazette