Home Nasional Terima kasih tidak batal DFTZ

Terima kasih tidak batal DFTZ

Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berterima kasih kerana Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang diusahakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan Alibaba diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

DFTZ, dijangka mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan, memudahkan barangan dagangan bernilai AS$65 bilion menjelang 2025, meningkatkan dua kali ganda penghantaran dan jumlah kargo untuk Malaysia menjelang 2025.

Kata bekas perdana menteri itu, inisiatif seperti DFTZ juga merupakan perkakasan bagi mempersiapkan golongan muda untuk pekerjaan yang belum wujud lagi.

Ekonomi digital adalah sektor yang paling pesat berkembang dalam ekonomi Malaysia.

“Ia kini menyumbang 18.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka tumbuh dan menyumbang 20 peratus kepada KDNK negara menjelang 2020.

“Tahniah kepada kumpulan Alibaba pada pembukaan pejabat mereka di Kuala Lumpur, yang merupakan pejabat pertama di Asia Tenggara dan yang pertama di luar China,” katanya melalui Facebook. – MalaysiaGazette