KUALA LUMPUR – Mereka yang merasa kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta menghadiri Perhimpunan Aman Selamatkan Institusi Islam dan Raja Melayu Jumaat ini.
Ketua NGO, Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam, perhimpunan aman itu akan diadakan pukul 2 petang di perkarangan Masjid Negara.
“Jadi saya seru umat Islam yang cintakan keamanan dan bukan Islam hadir dan pertahan Yang Dipertuan Agong.
“Kami akan memakai pakaian hitam seolah-olah berkabung atas penghinaan Raja- Raja Melayu dan tanda sokongan kepada raja sebagai payung agama Islam,” katanya dalam sidang media hari ini.
Turut hadir ialah Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah.
Menurut Azwanddin pula, setakat ini kira-kira 100 NGO sudah menyatakan hasrat untuk bersama dalam perhimpunan itu dan menjangka ia akan bertambah.
Dalam pada itu, Lokman orang Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh lagi berdiam diri dengan apa yang berlaku sekarang.
“Perhimpunan ini juga dijangka akan ada provokasi pihak tertentu, jadi kalau ada mereka yang ada senjata minta polis jaga keamanan tangkap mereka siang-siang,” ujarnya yang menjangka kira-kira 2,000 akan hadir pada perhimpunan itu.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, perhimpunan yang sama akan diadakan di seluruh negara tidak lama lagi.-MalaysiaGazette