KUALA LUMPUR – Harga bagi petrol RON95 dan diesel kekal seperti minggu lalu manakala RON97 turun satu sen bagi tempoh 21 hingga 27 Jun ini.
Laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaparkan, harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada RM2.20 seliter manakala harga runcit petrol RON97 pada RM2.59, turun satu sen berbanding RM2.60 pada minggu sebelumnya.
Harga runcit diesel pula kekal pada RM2.18 seliter. – MalaysiaGazette