Khairy yang bertanding jawatan tertinggi UMNO itu berkata, beliau membuat keputusan di saat-saat akhir selepas bertemu dengan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hassan. Ujarnya Mohamad Hassan atau Tok Mat merestui hasrat beliau untuk bertanding kerusi tertinggi UMNO itu.
“Saya ni Timbalan Ketua Bahagian Rembau, jadi saya kena jumpa Ketua Bahagian saya. “Sebelum saya buat keputusan saya telah berhubungan dengan Tok Mat. Saya kata kepada beliau, kita perlu bagi pilihan yang lebih luas, saya kata boleh tanding Presiden,” katanya.