Home Nasional Tukang masak tempatan sahaja dibenarkan mulai 2019

Tukang masak tempatan sahaja dibenarkan mulai 2019

Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran
Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran

PETALING JAYA – Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Menterinya M. Kulasegaran berkata bagaimanapun semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2019.

“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi…kami beri masa hingga 31 Dis untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya ketika ditemui Bernama News Channel di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA) di Petaling Jaya.

Katanya kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan PRISMA serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (PRESMA) dalam masa terdekat untuk membincangkan pelaksanaan tukang masak tempatan di restoran.-BERNAMA