Home Dunia 13 pemain bola hilang dipercayai terperangkap dalam gua

13 pemain bola hilang dipercayai terperangkap dalam gua

Pasukan penyelamat berada di kawasan gua yang dipercayai lokasi 13 orang belia terperangkap selepas hujan lebat. foto Agensi

BANGKOK – Pasukan penyelamat sedang mengesan 12 orang kumpulan bola sepak belia yang dipercayai terperangkap dalam gua di utara Thailand.

Pihak berkuasa percaya kesemua mangsa yang berusia antara 11 dan 16 tahun serta jurulatih mereka masuk ke gua Tham Luang Nang Non di Chiang Rai pada petang Sabtu lalu.

Mereka mungkin terperangkap apabila hujan lebat membanjiri aliran di pintu masuk gua, tetapi percaya mereka masih hidup.

Kolonel Polis, Komsan Saardluan berkata, jika banjir, naik boleh naik sehingga lima meter di gua yang sering menjadi tarikan pelancong itu.

Bulan Jun hingga Oktober adalah musim hujan di Thailand.

Operasi menyelamat bermula pada malam Sabtu lalu selepas kesemua mereka dilaporkan hilang.

Beberapa basikal dan peralatan sukan ditemui di luar perkarangan gua berkenaan.

Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan berkata, para penyelam tentera telah tiba di kawasan berkenaan pada Isnin lalu.

Timbalan Gabenor Wilayah, Pasakorn Boonyalak yakin kesemua 13 mangsa masih hidup berdasarkan kesan cap jari di tanah yang kering di dalam gua berkenaan. – MalaysiaGazette