Home Ekonomi Harga minyak dunia jatuh

Harga minyak dunia jatuh

SINGAPURA – Harga minyak jatuh selepas OPEC bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran, selain kejatuhan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat berikutan kebimbangan perang perdagangan.

Peningkatan pengeluaran minyak oleh OPEC bakal menyaksikan lebihan sejuta tong minyak sehari dalam pasaran.

Niaga hadapan Brent susut 1.1 peratus kepada AS$74.73 setong manakala minyak mentah Amerika Syarikat diniaga kepada AS$68.08 setong, jatuh AS$0.50.

“Ketegangan perdagangan dan kebimbangan keseluruhan pasaran global disebabkan peningkatan semula bekalan minyak, kata Bill Baruch, Presiden Blue Line Futures di Chicago.

OPEC telah mengawal pengeluaran minyak sejak tahun 2017 dalam usaha meningkatkan harga, akan menambah semula bekalan sebanyak 100 peratus. – MalaysiaGazette