
WASHINGTON – Donald Trump mengkritik Harley-Davidson kerana syarikat motosikal itu merancang untuk memindahkan pengeluarannya dari Amerika Syarikat dalam usaha untuk mengelakkan tarif oleh Kesatuan Eropah.
Presiden Amerika Syarikat menerusi Twitter beliau melahirkan rasa terkejut dengan tindakan firma tersebut.
Katanya, Harley-Davidson adalah ‘yang pertama mengangkat bendera putih’, sambil menambah: “Saya telah berjuang keras untuk mereka.”
Harley-Davidson sebelum ini berkata, pembuatan motosikal untuk pasaran Eropah akan dipindahkan ke negara lain.
Kesatuan Eropah dikenakan tarif bagi import besi dan aluminium.
Setiausaha akhbar White House, Sarah Sanders memberitahu pemberita pada taklimat pada hari Isnin bahawa EU “cuba menghukum pekerja Amerika Syarikat dengan dasar perdagangan yang tidak adil dan diskriminasi”.
“Presiden Trump akan terus mendorong perdagangan bebas, adil dan timbal balik, dengan harapan EU akan bergabung dengan kami,” kata Sanders.
Sementara itu, Harley-Davidson berkata, peningkatan kos daripada tarif EU adalah secara ketara memberi beban dan ancaman kepada jualan antarabangsa.
Syarikat itu mempunyai kilang pemasangan di Australia, Brazil, India dan Thailand, selain di Amerika Syarikat.
Harley-Davidson berkata, ia akan menaikkan pelaburan dalam kilang antarabangsa dan menjangkakan peningkatan dalam pengeluaran mengambil masa sembilan hingga 18 bulan.
Ia berkata, tarif akan menambah secara purata AS$2,200 (£ 1,660) untuk setiap motosikal yang dieksport ke Eropah dari Amerika Syarikat memandangkan kenaikan cukai import dari 6 peratus hingga 31 peratus. – MalaysiaGazette