PUTRAJAYA – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Beliau yang tiba di perkarangan SPRM jam 9.30 pagi dipercayai menaiki kereta Perdana hitam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu dipercayai memasuki SPRM dan terus ke tempat letak kereta yang berada di tingkat bawah bangunan.
“Beliau dijangka habis memberikan keterangan jam 3 petang,” kata jurucakap SPRM.
Ditanya mengenai isu kandungan laporan, jurucakap berkenaan enggan memberikan maklumat lanjut.
Ahmad Said dijadualkan membuat satu laporan kepada SPRM berhubung skandal rasuah dan penyelewengan.
Lebih 20 wartawan dan jurugambar sudah mula berada di perkarangan ibu pejabat SPRM mulai jam 9 pagi.
Difahamkan Ahmad Said akan membuat laporan kepada badan siasatan rasuah itu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Media sebelum itu diberikan mesej Whatsapp yang menyatakan Ahmad Said akan membuat satu laporan kepada SPRM.
“Dimaklumkan ADUN Kijal, YB Datuk Seri Ahmad SaidĀ akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 26 Jun 2018 jam 10.00 pagi berhubung satu laporan rasuah dan penyelewengan,” demikian menurut jemputan berkenaan.
Mesej Whatsapp itu diterima para media seawal jam 8 pagi tadi. -MalaysiaGazette