Home Nasional MAPPA raikan petugas media ‘berkampung’ kes Jong Nam

MAPPA raikan petugas media ‘berkampung’ kes Jong Nam

Sebahagian petugas media dalam dan luar negara mengambil makanan dan minuman yang disediakan oleh Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 FEBRUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Selepas seminggu ‘berkampung’ di perkarangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) gara-gara kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara wakil media hari ini diraikan oleh Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA).

Wakil media yang berpanas dan berhujan di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara di HKL itu hari ini dibekalkan dengan makanan dan minuman percuma.

Setiausaha MAPPA, Mohd. Naim Aziz berkata, program kebajikan yang diatur melalui biro kebajikannya bertujuan memberikan semangat kepada petugas media bertugas.

Selain di HKL, sumbangan yang sama diberi kepada petugas media yang ‘berkampung’ di Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara.

Kira-kira 150 pengamal media yang bertugas sejak awal pagi tadi diraikan dalam sesi lawatan berkenaan.

Penyerahan bungkusan makanan dan minuman tajaan beberapa individu dan pihak F&N Beverage diagihkan oleh exco MPPA kepada media tempatan dan juga antarabangsa yang ditugaskan membuat liputan sehingga tengah malam.

Sebahagian petugas media dalam dan luar negara mengambil makanan dan minuman yang disediakan oleh Persatuan Jurufoto Media Malaysia, (MPPA) di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 FEBRUARI 2017.
Sebahagian petugas media dalam dan luar negara mengambil makanan dan minuman yang disediakan oleh Persatuan Jurufoto Media Malaysia, (MPPA) di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 FEBRUARI 2017.

“Ini adalah inisiatif MPPA kepada petugas media yang terlibat dalam melaksanakan tugasan yang menunggu dari hari  ke hari ” kata Mohd. Naim.

Sementara itu, beliau berkata,  MPPA membidas sebahagian netizen yang mendakwa wakil media di negara ini sengaja melengahkan penyiaran video penuh pembunuhan tersebut sedangkan ia sudah menjadi tular di laman sosial.

” Jika anda (netizen) belum tahu peranan atau tugas media jangan cuba memporak perandakan dengan komen negatif. Kami di sini sedaya upaya memberikan gambaran positif mengikut standard operasi kami,” jelas Mohd. Naim lagi.-MalaysiaGazette