ROSTOV-ON-DON – Polis Rusia memindahkan pelanggan-pelanggan di sebuah hotel di bandar ini, yang menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas menerima ancaman bom.
Hotel Topos-Congress di bandar ini telah disenaraikan sebagai hotel rasmi Piala Dunia oleh FIFA tetapi tidak ada pasukan yang bersaing menetap di hotel berkenaan.
Kakitangan hotel memberitahu, kira-kira 210 orang menginap di hotel tersebut.
Polis telah menggunakan bantuan anjing pengesan untuk memeriksa seluruh hotel itu.
Bandar selatan Rusia ini terletak jauh daripada empat kejohanan Piala Dunia yang telah berlangsung.
Pertandingan akan datang yang dijadualkan di bandar ini pada hari Isnin akan datang.
Bandar ini terletak 67 kilometer dari sempadan timur Ukraine, yang menjadi lokasi pergolakan pemberontak yang disokong oleh Moscow dengan tentera Ukraine sejak tahun 2014.
Kedudukannya yang hampir dengan lokasi konflik menyebabkan ia menjadi isu keselamatan bagi penganjuran Piala Dunia. – MalaysiaGazette