MOSCOW – Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona berkata, dia “sangat sihat” selepas diperiksa doktor semasa skuad kebangsaannya menang ke atas Nigeria pada Selasa.
Maradona, 57, yang pernah menjadi membantu Argentina menjulang Piala Dunia pada tahun 1986 berkata, dia masih boleh merasai kesakitan pada lehernya.
Legenda itu juga menafikan dia dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan seperti tular dalam media sosial.
“Saya mahu memberitahu semua bahawa saya sihat,” katanya dalam Instagram peribadinya.
Menurut bekas bintang Boca Juniors itu, dia diperiksa rapi oleh doktor dan disyorkan untuk berehat di rumah sebelum separuh masa kedua pertemuan Argentina dengan Nigeria menyusul.
“Tetapi saya mahu berada di stadium dan menonton perlawanan penting umpama hidup atau mati untuk Argentina menentang Nigeria,” tegasnya lagi.
Paparan video menunjukkan Maradona bergelut untuk bangun dari tempat duduknya selepas tamat perlawanan sebelum dikatakan terbang ke Moscow.
Terdahulu Maradona kelihatan sebak selepas kedudukan terikat 1-1 yang membolehkan Argentina berisiko tersingkir awal di peringkat kumpulan. – MalaysiaGazette