Home Ekonomi MIA enggan ulas kenyataan KPMG berhubung 1MDB

MIA enggan ulas kenyataan KPMG berhubung 1MDB

KUALA LUMPUR – Institut Akauntan Malaysia (MIA) enggan mengulas berhubung kenyataan KPMG Malaysia terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Nurmazilah Mahzan berkata, proses penguatkuasaan masih sedang dilakukan sekarang. Menimbang perkembangan semasa, ia adalah tidak sesuai bagi MIA untuk membuat sebarang kenyataan.

Semalam, KPMG dalam kenyataannya berkata, penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 1MDB pada akhir Mac 2010, 2011 dan 2012 adalah tidak benar serta tidak diberi penilaian yang adil.

KPMG menasihatkan 1MDB “mengambil semua langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan pergantungan lanjut atau pada masa depan” untuk tiga laporan audit bagi tahun kewangan yang dinyatakan.- MalaysiaGazette