MOSCOW – Gareth Southgate menyifatkan perhitungan pusingan kalah mati England dengan Columbia sebagai acara terbesar dekad ini.
Pengurus skuad Three Lions itu mempertahankan tindakannya membuat lapan pertukaran dalam skuad utama sebelum menentang Belgium semalam.
Dalam aksi terakhir kumpulan G itu, England tewas 1-0 kepada skuad bimbimbangan Roberto Martinez yang muncul juara kumpulan untuk mara ke pusingan ke-16.
England selaku naib juara kumpulan akan berdepan ujian sukar dalam pusingan ke-16 apabila akan berdepan pasukan Amerika Selatan di Moscow pada Selasa ini.
“Kami mahu menang dan aksi pusingan kalah mati bertemu Columbia adalah terbesar dekad ini.
“Maka saya perlu memastikan pemain utama dalam pasukan dilindungi dan bersiap sedia.
“Kami mahu menang aksi menentang Columbia dan yakin kekalahan semalam tidak akan menghalang momentum kami berdepan Columbia,” katanya.- MalaysiaGazette