LIBYA – Tentera yang mengawal timur negara itu menghalang wanita yang berumur kurang 60 tahun daripada mengembara ke luar seorang diri.
Larangan itu atas sebab keselamatan negara dan bukan ideologi agama.
Libya dibahagikan kepada dua pihak berkuasa – satu di timur dan satu lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa yang berpangkalan di ibu negara, Tripoli.
Kerajaan timur berpusat di al-Beyda dan larangan itu mula dikuatkuasakan di lapangan terbang antarabangsa Labraq di bandar ini.
Jurucakap bagi Ketua Staf timur Libya, Abdulrazzak al-Naduri mengesahkan larangan itu kepada BBC.
Dalam temu bual TV, beliau mendakwa golongan wanita mewakili kumpulan masyarakat sivil yang sering melancong ke luar negara untuk bekerja, digunakan oleh perisik asing.
Arahan ini tidak diundi di Parlimen tetapi ia sudah dilaksanakan di timur dan ia dikuatkuasakan ke atas perjalanan darat, udara dan laut. – MalaysiaGazette