KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru pintu masuk Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).
Kawalan ketat di IPFN itu sejak pukul 1 pagi tadi.
Difahamkan kawalan itu dibuat selepas ada dikatakan terdapat media Korea cuba memasuki IPFN awal pagi tadi.
Sementara itu, jumlah pengamal-pengamal media dari dalam dan luar negara di persekitaran IPFN terus meningkat sejak awal pagi ini.
Media terus berkampung di IPFN kerana menjangkakan anak Kim Jong-nam – Kim Han-sol akan ke situ untuk proses pengecaman dan menuntut mayat bapanya.
Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara yang mati di klia2 pada pagi 13 Februari lalu. – MalaysiaGazette