LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana dipilih sebagai Presiden UMNO yang baharu.
Namun begitu beliau menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan UMNO disebabkan pelbagai kisah lampau.
“Ini menunjukkan beliau disayangi ahli UMNO, tahniahlah tetapi kami tidak akan bekerjasama dengan mereka.
“Mereka mengenakan pelbagai halangan kepada kami termasuklah tidak membenarkan kami mengutip sumbangan malah ‘memaksa’ kawan-kawan baik saya lari dan meninggalkan saya seorang,” katanya selepas melawat pusat khidmat baharunya di sini hari ini.
Semalam, Zahid mengalahkan dua pencabarnya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk dipilih sebagai Presiden UMNO yang baharu menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Manakala bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan pula dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO dan dua bekas menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid dipilih sebagai Naib Presiden yang baharu. – MalaysiaGazette
Dia yg ajak Zahid dan UMNO join PPBM