Home Politik Ahli mahu berubah tetapi ketua bahagian dicengkam warlords – KJ

Ahli mahu berubah tetapi ketua bahagian dicengkam warlords – KJ

Gambar fail Khairy Jamaluddin foto SYAFIQ AMBAK, 10 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga calon Presiden, Khairy Jamaluddin menyatakan kekesalannya apabila sistem undi bahagian tidak mampu menjadi platform kepada perubahan sebenar di dalam parti tersebut.

Katanya, majoriti ahli UMNO mahukan perubahan namun warlords melakukan pelbagai cara termasuk mengenakan ancaman untuk memastikan calon yang dipilih mereka menang.

“Statistik undi popular menunjukkan majoriti ahli UMNO mahukan perubahan.

“Sistem undi bahagian menyebelahi warlords yang mempunyai cengkaman kuat atas bahagian mereka.

“Ramai diarah, diugut, dipaksa untuk ikut pilihan warlords,” katanya yang juga memuat naik keputusan rasmi pemilihan pucuk pimpinan parti UMNO yang turut mempamerkan keputusan jumlah undi popular.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menang dengan 99 undi memperolehi 39,197 undi popular manakala Khairy yang berjaya memberi saingan sengit kepada bosnya itu memperolehi 61 undi dengan 32,592 undi popular dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memperolehi 30 undi (20,462 undi popular).

Terdapat dua lagi calon Presiden yang tewas iaitu Mohamed Iqbal Maricair (Bandar Tun Razak) dan Mohamad Yusof Musa (Iskandar Puteri).

Sistem pemilihan kepimpinan UMNO adalah berdasarkan sistem daftar pemilih (electoral votes).

Menurut Khairy, beliau menerima kekalahannya di dalam pemilihan tersebut bagaimanapun UMNO katanya perlu berubah dengan membuang mentality feudal.

“Walaupun saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka, saya mahu UMNO berubah. Buang mentaliti feudal.

“Angguk-anguk, tepuk-tepuk, seolah-lah tiada pendirian sendiri. Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat,” tegasnya.

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana kebanyakannya bersetuju dengan Khairy dengan mengatakan keputusan yang dicatatkan semalam akan menyukarkan lagi proses pemulihan UMNO apatah lagi golongan muda merasai suara mereka makin dipinggirkan.

Tidak kurang juga meminta Khairy untuk keluar dari UMNO bersama anak-anak muda yang lain.

“Suara kami sebgai anak muda langsung tidak didengar oleh orang orang tua di bahagian masing-masing . Mereka tidak berani untuk memberikan perubahan. Masih lagi dengan mentaliti lama UMNO. Sedih dengan parti UMNO dan akan ramai lagi anak muda keluar dari parti. Percayalah….

“Saya menyokong perubahan dalam parti. Tapi kita harus menukarkan ketua ketua cawangan dahulu sebelum tukar ketua bahagian dan Malaysia. Sebab ketua cawangan masih lagi orang lama yang angguk dan geleng-geleng sahaja,” kata @afizhamzah.

“Payah kalau masih ada org tua-tua yang menyokong dengan cara lama dan hanya duduk bawah tempurung mendengar sahaja tanpa bersuara…

“This is because they got money and  shut up”,.

“Why I said like this because memang jadi depan mata i sendiri…its okay YB kami still sokong anda (Ini kerana mereka mendapat wang dan tutup mulut. Mengapa saya kata begini kerana memang terjadi di depan mata saya sendiri. Tidak mengapa YB. Kami masih menyokong anda)

“Kami pun mahukan perubahan!” kata @frrhnm_

Namun begitu ada netizen yang berpendapat kekalahan Khairy adalah disebabkan beliau terlalu muda dan masih belum dapat dibuktikan kesetiaan kepada parti.

“KJ terimalah kekalahan dengan hati terbuka. Kamu terlalu muda untuk jadi Presiden. Aku nak lihat sama ada kesetiaan kau masih kukuh,” kata @therealtorkl – MalaysiaGazette