Home Nasional Saya kecewa kerana gagal bimbing Mas Ermieyati – Shahaniza

Saya kecewa kerana gagal bimbing Mas Ermieyati – Shahaniza

Pembahas Usul Perwakilan Bahagian Maran mewakili Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin pada Perimpunan Agung UMNO ke 70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto MALAYSIA GAZETTE, 01 DISEMBER 2016

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Ketua Puteri UMNO Kebangsaan, Datuk Mas Ermieyati Shamsuddin keluar dari UMNO dan mengisyitarkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas disifatkan sebagai sesuatu yang mengecewakan.

Malah tindakan itu dianggap sebagai ‘kegagalan’ oleh Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang menganggap Mas Ermieyati sebagai adik selama ini.

Shahniza juga menyalahkan dirinya kerana tidak berjaya membimbing beliau malah setiap nasihat serta panduan seolah-olah tidak bermakna langsung.

“Secara peribadi, sebagai kakak, saya telah gagal untuk membimbing beliau. Segala nasihat,panduan yang diberi selama ini ternyata tidak bermakna.

“Sejak pagi tadi saya mendapat panggilan telefon dan pertanyaan dalam whatsapp tentang keputusan Mas Ermieyati keluar UMNO, saya tiada jawapan kecuali apa yang dibaca dalam kenyataan media beliau.

“Saya amat kecewa dengan keputusan tersebut namun pada masa yang sama menghormati beliau dan mendoakan yang terbaik untuk beliau,” katanya dalam laman Facebook.

Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul

Bagaimanapun beliau akan terus mendoakan yang terbaik apa jua keputusan yang telah dibuat oleh Mas Ermieyati.

“Apapun saya ingin ucapkan yang terbaik kepada anda Emy, anda telah pilih jalan lain tetapi pastikan jalan ini adalah yang terbaik juga. Anda masih lagi adik saya dan boleh cari saya pada bila-bila masa pada masa akan datang.

“Semoga Allah lindungi dan rahmati,” ujarnya.

alt MGF09122017_PengulungganUMNO021
Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 ke 71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. foto MALAYSIA GAZETTE, 09 DISEMBER 2017.

Pagi tadi Mas Ermieyati membuat kejutan dengan mengumumkan keluar UMNO kerana parti itu dianggap sudah tidak lagi diterima rakyat khasnya masyarakat Melayu.

Jelas Mas Ermieyati, keputusan pemilihan UMNO juga menunjukkan ahli parti sebenarnya masih berada di takuk lama walaupun hakikat sebenarnya perjuangan asal sudah lama tergelincir. – MalaysiaGazette