Home Dunia Penjenayah paling kehendaki bolos kali kedua

Penjenayah paling kehendaki bolos kali kedua

Redoine Faid. foto Agensi

PARIS – Gangster yang paling dikehendaki, Redoine Faid sekali lagi berjaya memboloskan diri dari penjara dengan bantuan tiga lelaki bersenjata berat dan  menggunakan helikopter.

Ketika kejadian, Faid sedang menerima lawatan daripada abangnya di penjara Reau.

Tiba-tiba dua lelaki berkenaan memasuki bilik tersebut dan membawa Faid.

Lelaki ketiga pula menunggu dalam helikopter di courtyard penjara untuk memantau juruterbang, seorang jurulatih helikoper.

Helikopter itu dirampas di sebuah lapangan terbang dan juruterbang berkenaan dipaksa terlibat dalam operasi menyelamatkan Faid.

Ia merupakan kali kedua Faid, 46, melarikan diri dari penjara berkenaan.

Pada tahun 2013, Faid menjadi penjenayah paling dikehendaki di negara itu selepas dia melepaskan diri penjara yang lain menggunakan bahan letupan

Dia secara ringkas mengambil empat tebusan warden sebelum ditangkap semula enam minggu kemudian di sebuah bilik hotel murah.

Faid memaklumkan modus operandi keluar penjara itu diilhamkan oleh filem-filem seperti “Scarface” dan “Heat”.

Dia dihukum penjara selama 25 tahun di penjara Réau selepas didapati bersalah terlibat dalam rompakan membabitkan van membawa wang tunai pada 2010, yang Faid menjadi perancang utama.

Helikopter yang dirampas itu kemudian ditemui tidak jauh dari lapangan terbang Charles de Gaulle ke timur laut bandar tersebut.

Pesawat itu kemudiannya dibakar tetapi hanya sebahagiannya rosak.

Laporan media melaporkan juruterbang itu telah dibebaskan dan tidak mengalami kecederaan. – MalaysiaGazette