Home Sukan Denmark pulang awal selepas ditewaskan Croatia

Denmark pulang awal selepas ditewaskan Croatia

Piala Dunia 2018
Danijel Subasic menyelamatkan bola daripada masuk ke pintu golanya pada perlawanan menentang Denmark awal pagi tadi.

NIZHNY NOVGOROD – Denmark terpaksa pulang awal selepas ditundukkan Croatia 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Menerusi kemenangan menerusi masa tambahan itu, Croatia akhirnya berjaya melangkah ke suku akhir Piala Dunia.

Dalam perlawanan tersebut, dua gol terhasil pada perlawanan itu sekali gus memberi petanda aksi akan bertambah rancak namun kedua-dua pasukan menunjukkan corak permainan berhati-hati sekali gus keputusan kekal 1-1 hingga 120 minit perlawanan.

Denmark membuka jaringan menerusi Mario Mandzukic seminit selepas pengadil meniup wisel memulakan permainan namun Croatia berjaya menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu menerusi Mathias Jorgensen

Sepakan penalti dilakukan selepas kedua-dua pasukan berkenaan terus terikat 1-1.

Usaha tiga pemain Croatia akhirnya melonjakkan pasukan itu terus beraksi di pusingan seterusnya dalam perlawanan paling berprestij itu. – MalaysiaGazette