Home Sukan Cristiano Ronaldo ke Juventus?

Cristiano Ronaldo ke Juventus?

Pemain Real Madrid Cristiano Ronaldo menunjukkan aksi girang selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan menentang Eibar pada perlawanan malam tadi.

TURIN – Juventus dilaporkan menyediakan dana besar untuk mendapatkan khdimat Cristiano Ronaldo.

Laporan di Itali mendakwa bintang Real Madrid itu sedang mengintai cabaran baharu selepas sembilan musim bersama kelab la Liga itu.

Ronaldo, 33, dikatakan menolak kontrak baharu di Santiago Bernabeu dan difahamkan nilai klausa pelepasannya dikurangkan daripada £886 juta kepada £106 juta.

Senario itu mencetuskan spekulasi bahawa pemain tersebut akan meninggalkan Real memandangkan agennya, Jorge Mendes berurusan dengan kelab Serie A itu.

Kini kelab gergasi Itali itu kembali menjalin persahabatan dengan Mendes dan mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat bintang antarabangsa Portugal tersebut.

Walaupun Juventus mengungguli Serie A selama tujuh musim berturut-turut, the Bianconeri mengejar misi menjulang Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam tempoh 23 tahun.

Juventus percaya pelaburan ke atas Ronaldo akan memberi mesej jelas kepada Eropah mengenai misi kelab itu.

Pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic sasaran utama Juventus selepas menandatangani Emre Can dari Liverpool dan Douglas Costa dari Bayern Munich.

Ronaldo pula masih enggan mengesahkan sama ada dia akan bersara dari bola sepak antarabangsa berikutan kekalahan di tangan Uruguay semalam. – MalaysiaGazette