Home Nasional Anak tiri Najib pula dipanggil SPRM

Anak tiri Najib pula dipanggil SPRM

Riza Aziz
Riza Aziz

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadualkan memanggil anak tiri kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.

Anak Datin Seri Rosmah Mansor itu didakwa menggunakan berjuta ringgit daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menerbitkan filem di Hollywood.

Memetik The Malaysia Insight, penerbit filem The Wolf of Wall Street itu didakwa akan ke SPRM di Putrajaya esok pagi.

Pada Julai 2016, sebuah syarikat penerbitan Hollywood dituduh dalam satu tuntutan mahkamah sivil AS kerana menggunakan wang AS$100 juta (RM419.75 juta) daripada dana yang mempunyai kaitan dengan 1MDB untuk membiayai film The Wolf of Wall Street yang dibintangi Leonardo DiCaprio. – MalaysiaGazette