Kerajaan sedang mengenal pasti personaliti-personaliti yang mampu mempunyai kebolehan, pengetahuan serta integriti tinggi untuk menerajui syarikat milik kerajaan (GLC).
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Majlis Penasihat Negara untuk mengenal pasti profesional-profesional yang mempunyai kualiti yang diperlukan di samping mampu mengamalkan standard terbaik di dalam menerajui GLC.