MIAMI – Dua pengacara televisyen rangkaian Telemundo digantung tugas kerana melakukan mimik muka selepas perlawanan Korea Selatan dengan Jerman minggu lepas.
Perlakuan itu dibuat semasa siaran langsung perlawanan bola sepak itu.
Semasa kemenangan Korea Selatan, dua pengacara tersebut, James Tahhan and Janice Bencosme telah menarik mata mereka ke sisi untuk kelihatan seperti ‘sepet’ bagi mengucap terima kasih kepada Korea Selatan.
Kemenangan Korea Selatan pada peringkat kumpulan akan melayakkan pasukan Mexico ke peringkat kalah mati.
Perbuatan itu turut diikuti oleh kebanyakan netizen Mexico, yang dipaparkan dalam laman sosial mereka.
Tindakan dua pengacara itu dikutuk oleh netizen yang disifatkan sebagai pelakuan perkauman yang sensitif.
“Mereka mengatakan sokongan kepada kami, jadi mengapa mereka berbuat demikian, komen seorang peminat Korea.
Manakala seorang netizen berkata:”Pemain Korea Selatan tidak memerlukan saudara-saudara yang bersifat perkauman”.
Pengguna media sosial mula menggunakan hashtag #racialdiscrimination untuk menyatakan kekecewaan mereka terhadap dua pengara itu. – MalaysiaGazette