KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Langgak Duta pukul 3 petang tadi.
Bekas Perdana Menteri itu dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk pertuduhan.
SPRM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan itu sebentar lagi. – MalaysiaGazette