Home Utama Suatu masa nanti anda akan dapat komen tersebut, kata Zeti

Suatu masa nanti anda akan dapat komen tersebut, kata Zeti

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas mengenai dakwaan beliau mengetahui mengenai wang berjumlah RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016.
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas mengenai dakwaan beliau mengetahui mengenai wang berjumlah RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016.

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas dakwaan beliau tahu mengenai wang berjumlah RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016.

Jelasnya, kes tersebut masih di dalam siasatan.

“Saya tidak boleh memberi komen mengenainya kerana kes (masih dalam siasatan).

“Saya tidak akan komen sekarang tetapi suatu masa nanti anda akan dapat komen tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan Majlis Penasihat Negara di Menara Ilham hari ini.

Najib di dalam satu temubual baru-baru ini berkata, Zeti yang merupakan gabenor ketika itu mengetahui mengenai pemindahan dana tersebut ke akaunnya, namun Pengerusi baharu Permodalan Nasional Bhd. itu tidak pernah memaklumkan kepada beliau.

Disebabkan itu, Najib menyangkakan tiada masalah dengan pemindahan dana berjumlah RM2.6 bilion yang didakwanya sebagai derma politik oleh seorang raja Arab. -MalaysiaGazette