Home Nasional Agong cemar duli ke Sambutan Aidilfitri ATM

Agong cemar duli ke Sambutan Aidilfitri ATM

Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli ke Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli ke Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Baginda yang diiring Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tiba pada jam 3:30 petang. 

Lebih kurang 3,000 tetamu dan jemputan yang terdiri daripada warga ATM, kakitangan awam Kementerian Pertahanan menghadiri majlis tersebut.

Turut hadis isteri Mohamad Sabu Normah Alwi dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Halimi Abd Manaf.

Sultan Muhammad V dalam masa yang sama turut berkenan mengurniakan sumbangan raya kepada 53 orang anggota ATM yang cedera ketika berkhidmat. 

Mereka terdiri daripada pegawai dan anggota ATM yang tercedera semasa penugasan operasi dan latihan, terkena jerangkap samar dan terlibat dalam kemalangan semasa di dalam perkhidmatan. – MalaysiaGazette