Home Nasional 30 peratus wanita syarat baru penarafan bintang PBT – Zuraida

30 peratus wanita syarat baru penarafan bintang PBT – Zuraida

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (kanan) bercakap pada sidang media isu pembelian rumah pertama dan PPR di Bilik Media, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Presint 4, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 04 JUN 2018
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (kanan) bercakap pada sidang media isu pembelian rumah pertama dan PPR di Bilik Media, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Presint 4, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 04 JUN 2018.

PUTRAJAYA – Pelantikan sekurang-kurangnya 30 peratus ahli majlis wanita menjadi syarat baharu dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara bagi sesi baharu, Julai ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu selaras dengan konvensyen antarabangsa yang ditandatangani Kerajaan Malaysia sebelum ini.

“Ketika ini setiap majlis mempunyai 24 ahli majlis, kalau 30 peratus bermaksud sekurang-kurangnya 7 orang mesti diwakili oleh wanita.

“PBT yang melaksanakan polisi ini akan dimasukkan dalam penarafan bintang. Nak dapat lima bintang kena patuhi dan memenuhi salah satu elemen 30 peratus wanita dalam PBT.

“Saya minta YDP-YDP atau Datuk Bandar memastikan ia terlaksana, selari dengan standard antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani deklarasi ini dan sudah tiba masanya untuk kita ambil tindakan afirmatif memastikan penyertaan 30 peratus wanita di semua peringkat dan pembuat keputusan dilaksanakan bermula KPKT,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Zuraida berkata, penyertaan 30 peratus wanita adalah sebagai pelengkap kepada undang-undang dan garis panduan sedia ada bagi mempertingkatkan kesempurnaan perancangan dalam pembangunan fikizal dan bukan fizikal.

“PBT di Selangor merupakan yang paling tinggi di Malaysia dengan penyertaan 22 peratus wanita dalam Kerajaan Tempatan,” katanya.

Katanya, beliau mensyaratkan agar peranan penggerak belia tempatan dalam PBT juga menjadi peringkat penting untuk mencapai tahap standard antarabangsa.

“Satu lagi elemen yang penting dalam negara kita ialah untuk memperkasa memperhebat peranan orang muda.

“Belia diberi peranan membangunkan komuniti dalam kawasan masing-masing dan PBT dari segi idea, pandangan dan sumbangan dalam kerja-kerja gotong-royong dan kerja-kerja membangunkan masyarakat setempat,” katanya. – MalaysiaGazette