“Jangan lihat usia, ia angka sahaja, kita lihat prestasi dan kebolehan (Saddiq).
“Agenda belia bukan hanya letak di KBS sebaliknya ia merentasi kementerian dan harus bekerjasam dengan kementerian lain.
“Tunjukkan imej baharu dan baik supaya agenda diteruskan, contohnya masalah siswazah menganggur dan gejala sosial melibatkan belia.
Bagi saya Saddiq pilihan tepat diangkat sebagai menteri mewarisi belia,” ujar beliau. Sementara itu, Syed Saddiq berkata, beliau akan meneruskan legasi yang ditinggalkan Khairy dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.