Hampir 50 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkumpul dalam himpunan solidariti bagi menyatakan sokongan terhadap beliau yang ditahan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini.
Himpunan aman itu rata-rata mempersoalkan tindakan SPRM menahan Najib tanpa mengemukakan bukti salah laku.
Ia dipimpin NGO Pemantau Malaysia Baharu yang kini memantau perkembangan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Program itu dihadiri kira-kira 50 peserta itu mula berkumpul jam 8.30 malam di luar bangunan SPRM dan dijangka diadakan sehingga 11 malam.