Home Akhbar Cina Orang ramai salah faham tentang penurunan harga

Orang ramai salah faham tentang penurunan harga

Kebanyakan tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikemukakan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah melepasi proses semakan dan mula dibayar balik secara berperingkat sehingga akhir tahun, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri T.Subromaniam. 
Kerajaan akan menambah baik dari aspek kecekapan proses bayaran balik jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula,

KUALA LUMPUR – Orang ramai telah tersalah faham apabila menganggap semua barang akan mengalami penurunan harga selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Sesetengah orang malahan membuat aduan mengenai harga daging dan sayur-sayuran yang tidak mengalami penurunan harga selepas pemansuhan kutipan GST sedangkan bahan makanan itu memang tidak dikenakan GST sebelum ini.

Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Roslan Mahyudin berkata, walaupun masih ada orang yang keliru, tetapi aduan  mengenai penurunan harga selepas pemansuhan GST telah berkurangan.

Kata Mohd. Roslan, pihaknya bagaimanapun berdepan masalah untuk menyiasat aduan yang tidak disertakan bukti.

Beliau juga meminta orang ramai yang membuat aduan supaya mengemuka bukti dalam bentuk resit dan gambar untuk membolehkan siasatan dilakukan.

“Adalah berbahaya jika kami mengambil tindakan berdasarkan anggapan pengadu semata-mata.

“Keadaan ini juga akan menambahkan beban kerja pihak berkuasa serta menjejaskan keberkesanan dan hasil kerja,” katanya kepada China Press.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pengguna berpendapat bahawa harga barang akan mengalami penurunan selepas GST ditetapkan pada kadar sifar.

“Keadaan ini tidak berlaku, tetapi apa yang berlaku cuma peniaga tidak lagi mengutip GST pada kadar enam peratus.

“Jika satu barang berharga RM10, ia akan tetap berharga RM10. Bezanya ialah peniaga tidak lagi mengutip RM0.60 daripada RM10 itu sebagai GST,” katanya.