Datuk Seri Najib Razak yang diiringi oleh beberapa kenderaan pihak berkuasa meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 7.30 pagi tadi untuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Bekas Perdana Menteri itu akan didakwa di mahkamah berhubung SRC International Sdn. Bhd. Pendakwaan dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 pagi.