Home Dunia Pelancong Jepun maut semasa mendaki Uluru

Pelancong Jepun maut semasa mendaki Uluru

Orang ramai tidak lagi boleh mendaki Uluru mulai esok. foto Agensi

SYDNEY – Seorang pelancong Jepun meninggal dunia semasa mendaki Uluru di Australia tengah, kata pihak berkuasa.

Lelaki itu, 76, jatuh ketika hampir separuh lagi perjalanan ke padang batu pasir itu.

Kematian lelaki itu mencurigakan.

Sejak tahun 1950 sekurang-kurangnya 37 orang telah meninggal dunia ketika mendaki Uluru, yang akan diharamkan dari Oktober 2019.

Orang Asli Australia telah lama meminta pelawat tidak mendaki batu pasir besar kerana ia dianggap tapak suci.

Uluru mempunyai merupakan batu merah raksasa yang tingginya mengatasi Menara Eiffel dan besarnya menyamai gunung.

Batu ini menjulang tinggi di tengah gurun.

Polis berkata, pelancong itu telah diterbangkan dengan helikopter ke pusat perubatan tetapi disahkan meninggal dunia.

Lebih 250,000 pelawat telah mengunjungi Uluru yang juga dikenali sebagai Ayers Rock setiap tahun.

Kebanyakan kematian direkodkan pada tahun 2010.

Menurut pihak berkuasa, hanya 16 peratus pengunjung membuat pendakian antara 2011 dan 2015.

Tahun lepas, Lembaga Taman Negara Uluru-Kata Tjuta mengundi sebulat suara untuk mengharamkan pendakian itu kerana kepentingan budaya.

Kenyataan di laman webnya berbunyi: “Terlalu banyak orang yang telah meninggal semasa cuba memanjat Uluru. Banyak juga yang cedera semasa mendaki.

“Kami berasa sedih apabila seseorang mati atau terluka di tanah kami,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette