PUTRAJAYA – Setelah sembilan jam berada diambil keterangan semalam kini hari ini Riza Aziz sekali lagi hadir untuk memberi keterangan di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau hadir pada pukul 3:21 petang tadi bersama peguamnya, K. Kumaraendran.
Bagaimanapun Riza enggan memberi sebarang kenyataan kepada media seperti semalam.
Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street.
Filem Hollywood itu didakwa menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1Malaysia Debelopment Berhad (1MDB). – MalaysiaGazette