Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos tiba di Mahkamah Ampang tepat jam 3.58 petang tadi.
Beliau yang memakai baju -T dan bertopi tiba dikawal ketat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (CID) IPD Ampang.
Polis membawa Jamal ke mahkamah tersebut bagi mendapatkan reman untuk siasatan bagi pertuduhan melarikan diri daripada tahanan sah mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan.