Home Dunia Tiga tentera Ukraine mati dalam latihan

Tiga tentera Ukraine mati dalam latihan

keddu11

KIEV- Tiga tentera Ukraine maut dan sembilan lagi mengalami kecederaan parah semasa latihan tentera pagi hari ini.

Kejadian tersebut berlaku di barat Ukraine.

Kesemua tentera tersebut menghadapi kecederaan apabila mereka menjalani latihan dalam kem.

Menurut penyataan tentera Ukraine, punca kejadian disyaki sebab letupan mortar semasa latihan taktikal.

Siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui punca sebenar.

Negara ini berperang dengan pemberontakan separatis Rusia di timur Ukraine.

Sejak 2014 seramai 10,000 orang didapati maut dalam peperangan tersebut.- MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts