JOHANNESBURG – Sekurang-kurangnya dua pemburu badak telah dibaham sekumpulan singa di sebuah Taman Rizab Sibuya di Afrika Selatan.
Pemilik rumah tumpangan, Nick Fox berkata, seorang renjer yang membawa pelancong ke taman itu menemui mayat manusia berhampiran sekumpulan singa.
“Kami mengesyaki dua terbunuh, mungkin tiga,” kata Fox.
Kapak dan tiga pasang kasut dan sarung tangan kemudian ditemui polis yang menyiasat berhubung penemuan mayat itu.
Singa-singa ditaman itu dikatakan mengeluarkan bunyi yang kuat pada Isnin lalu.
“Kami fikir mereka mungkin pemburu badak dan penemuan kapak itu mengesahkannya.
“Mereka menggunakan senapang untuk menembak haiwan dan kapak untuk mengeluarkan tanduk,” kata Fox.
Afrika Selatan memiliki lebih daripada 80 peratus daripada badak dunia, yang mana penduduknya menjadi memburu untuk pembeli dari Vietnam dan China.
Tanduk badak digunakan untuk perubatan tradisional. Lebih 1,000 badak telah terbunuh di Afrika Selatan tahun lepas. – MalaysiaGazette