Home Sukan England jumpa Croatia di separuh akhir

England jumpa Croatia di separuh akhir

Jaringan Harry Maguire and Dele Alli membolehkan pasukan England layak ke separuh akhir Piaa Dunia 2018. foto AP

MOSCOW – England mencipta layak ke separuh akhir selepas 28 tahun apabila menewaskan Sweden dengan 2-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018 malam tadi.

Berlangsung di Arena Samara di Rusia itu, Harry Maguire dan Dele Alli menjadi wira apabila menjaringkan gol pada setiap separuh masa.

Gol pertama Three Lions hasil tandukan pemain pertahanan, Magurie pada minit ke-30 dan juga tandukan Alli pada minit ke-58.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Croatia turut mara ke separuh akhir Piala Dunia selepas menewaskan Rusia 4-3.

Dalam perlawanan di Stadium Fisht, awal pagi tadi, Croatia menjaring dua gol menerusi Andrej Kramaric dan Domagoj Vida, masing-masing pada minit ke-39 dan 100.

Namun tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan hasil Denis Cheryshev pada minit ke-31.

Rusia kemudian menyamakan kedudukan menerusi Mario Fernandes pada minit ke-115.

Permainan yang terikat 2-2 itu menyaksikan penentuan penalti pada aksi suku akhir.

Croatia akan bertemu England pada pertembungan kumpulan empat terakhir di Stadium Luzhniki, Moscow pada Khamis ini. – MalaysiaGazette