KLANG – Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) berharap Kerajaan Pakatan Harapan akan terus membantu komuniti itu seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, etnik pelarian itu amat memerlukan sokongan dalam meneruskan kehidupan mereka.
“Kerajaan Pakatan Harapan diharap dapat meneruskan usaha membanti etnik rohingya seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu Zafar hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu di Taman Rakyat sebentar tadi.
Dalam majlis itu, persatuan itu menyerahkan sumbangan derma kepada etnik rohingya saudara mereka di Cox’s Bazar sebanyak RM8,000.
Kementerian Pertahanan dijangkakan ke Cox’s Bazar pada Khamis ini untuk misi bantuan kemanusiaan Rohingya. -MalaysiaGazette