Home Dunia Keretapi tergelincir, 10 maut

Keretapi tergelincir, 10 maut

Keadaan enam gerabak yang tergelincir di bandar Kapikule, Turki. foto News.com

KAPIKULE – Enam gerabak sebuah keretapi tergelincir di barat laut Turki mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan lebih 70 cedera.

Ketika kejadian keretapi itu dalam perjalanan ke Istanbul dari bandar Kapikule, sempadan Bulgaria.

Terdapat 360 orang penumpang semasa kejadian itu berlaku, menurut laporan media tempatan.

Punca kejadian tidak diketahui tetapi pihak berkuasa tidak menolak cuaca buruk dan tanah runtuh menjadi salah satu sebab.

CNN Turk pula melaporkan runtuhan jambatan punca nahas tersebut.

Operasi menyelamat sedang dijalankan dan pihak berkuasa menggunakan helikopter telah digunakan untuk membawa mangsa-mangsa yang cedera.

Sumber-sumber yang dipetik dari media Rusia pula memaklumkan kebanyakan mangsa merupakan pelancong tempatan. – MalaysiaGazette